{"product_id":"9789838617321","title":"Heritage Conservation and Preservation in Malaysia","description":"\u003cp\u003eTidak dapat dinafikan bahawa mana-mana bangsa atau negara sekalipun di dunia ini\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah ini pula sebahagiannya ditinggalkan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e untuk generasi akan datang dalam bentuk warisan. Boleh dikatakan bahawa semua\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e bangsa dan negara di dunia mempunyai warisan tersendiri; dan warisan inilah yang\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e menjadi salah satu bukti kukuh tentang sesuatu bangsa atau negara berkenaan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Penyataan ini menjadi salah satu alasan kepada perlunya warisan berkenaan dijaga, iaitu\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e salah satu aspek penjagaannya ialah melalui pemuliharaan dan pemeliharaan. Selain itu,\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e warisan itu dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang dengan menjadi salah satu\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e produk pelancongan dan subjek kajian ilmu.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Oleh sebab aspek pemuliharaan dan pemeliharaan warisan menjadi salah satu aspek\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e penting penjagaan warisan, maka bidang ini perlulah diberikan tumpuan yang khusus.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Ia bukan sahaja menjadi tumpuan yang khusus dan menjadi salah satu bidang tugas\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e utama agensi atau pihak tertentu, tetapi juga perlulah difahami dan dipatuhi oleh semua\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, termasuk pemaju hartanah,\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e kontraktor, badan bukan kerajaan, tuan tanah, ahli-ahli profesional yang berkaitan dan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e juga orang ramai secara umumnya. Hal ini kerana jika sesuatu warisan tertentu hilang\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e atau musnah, ia tidak lagi dapat diganti untuk selama-lamanya.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Salah satu instrumen yang dikira berkesan dalam mencapai hasrat menjaga warisan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e dalam aspek pemuliharaan dan pemeliharaan adalah melalui peruntukan undangundang\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e bertulis. Nasib tinggalan warisan di Malaysia lebih baik kerana kerajaan telah\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e mewujudkan undang-undang khas tentang hal tersebut, iaitu Akta Warisan Kebangsaan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e 2005, di samping kewujudan beberapa akta lain yang turut membantu menjayakan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e hasrat penjagaan (termasuk pemuliharaan dan pemeliharaan) warisan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Buku ini membincangkan perkara-perkara di atas dengan mengemukakan empat kajian\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e kes di empat lokasi (dalam tiga negeri) yang merangkumi aspek pengurusan, undangundang,\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e konflik, usaha-usaha yang dijalankan dan aspek-aspek lain seumpamanya yang\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e berkaitan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkaitan, khususnya\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengambil kursus yang berkaitan dengan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e pemuliharaan dan pemeliharaan warisan sejarah.\u003c\/p\u003e","brand":"Penerbit USM","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47185354293488,"sku":"9789838617321","price":14.2,"currency_code":"USD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0737\/7593\/9824\/files\/9789838617321_p0.jpg?v=1763692027","url":"https:\/\/shop-qa.barnesandnoble.com\/products\/9789838617321","provider":"Barnes \u0026 Noble (DEV)","version":"1.0","type":"link"}