{"product_id":"9789838617598","title":"Issues of Historiography: Essays in honor of Dr. R. Suntharalingam","description":"\u003cp\u003eBuku ini, yang merupakan satu koleksi 12 esei, ialah penghargaan kepada\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Profesor Madya Dr. R. Suntharalingam sempena persaraannya pada Oktober\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e 1991 yang disumbangkan oleh rakan-rakan dari Bahagian Sejarah, Pusat\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan semasa beliau\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e menuntut di Universiti Malaya di Singapura serta bekas-bekas pelajarnya. Buku\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pensejarahan dan nasionalisme, dua\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e bidang yang sangat diminati oleh Dr. Suntharalingam dengan tumpuan kepada\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e sejarah Malaysia. Sejarah Malaysia pula bukanlah satu bidang yang asing kepada\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Dr. Suntharalingam. Di samping mengendalikan penyeliaan latihan ilmiah\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e (semuanya dalam bidang sejarah Malaysia) untuk pelajar tahun akhir, beliau juga\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e kerap merujuk kepada sejarah Malaysia ketika mengendalikan kursus-kursus\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e yang berkaitan dengan pensejarahan. Malah bagi seorang pakar sejarah India,\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e pengetahuannya tentang sejarah Malaysia amat mengkagumkan.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Bab pertama merupakan perbincangan Cheah Boon Kheng tentang feudalisme\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Melayu. Dengan menggariskan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam sejarah\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Eropah Barat, beliau membincangkan dengan panjang lebar feudalisme Melayu\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e di zaman prapenjajahan. Lebih menarik lagi beliau mengajukan persoalan apakah\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e feudalisme Melayu itu satu ciptaan orang Inggeris atau merupakan satu hakikat\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e yang benar-benar wujud. Di dalam bab berikutnya, Mohamad Isa Othman\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e memberikan perhatian kepada sumber sejarah Kedah khususnya Al-Tarikh\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Salasilah Negeri Kedah yang diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1928\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e dan ditulis oleh Muhammad Hassan bin Muhammad Arshad (Tok Kerani Rahsia\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e al-marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Syah). Menurut Mohamad Isa, apa\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e juga kelemahannya sumber ini tetap penting bagi mengkaji sejarah Kedah Darul\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Aman.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Di dalam bab ketiga, K. Anbalakan membincangkan objektiviti di dalam\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e sejarah, yang menurutnya bukan merupakan satu impian, satu perkara yang\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e semestinya boleh menarik perhatian setiap penuntut sejarah. Sementara itu Qasim\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Ahmad pula membincangkan persoalan pokok dalam ilmu sejarah seperti sumber\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e (termasuk juga bukti), pengesahan fakta, pentafsiran dan objektiviti. Lebih\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e menarik lagi perbincangan ini dibuat dengan merujuk kepada pendapat beberapa\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e orang ahli sejarah termasuk Dr. Suntharalingam.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Satu aliran baru dalam ilmu sejarah, aliran Pasca-Modenisme, disentuh\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e dengan panjang lebar oleh Tan Liok Ee di dalam bab lima. Perbincangan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e menarik ini tentunya berguna kepada para pelajar yang mengikuti kursus Teori\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e dan Kaedah, satu kursus yang pernah dikendalikan oleh Dr. Suntharalingam.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Dengan merujuk kepada beberapa aspek teori ini, Tan Liok Ee menyoal apakah\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Pasca-Modenisme membawa satu haluan baru sejarah yang menyegarkan atau\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e sebaliknya menyahstabilkan ilmu sejarah. Di dalam bab yang berikutnya, Tan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Kim Hong membincangkan falsafah dan pendekatan Ssu-ma Ch’ien, seorang\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e sejarawan ulung China tradisional terhadap penulisan sejarah sezaman (wangsa). Keobjektifan karya agung sejarawan Cina ini yang berjudul Shih Chi juga diuji\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e dan seterusnya Tan Kim Hong membuat kesimpulan bahawa karya ini merupakan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e satu karya sejarah yang objektif dan sekaligus menaikkan mutu pensejarahan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e China tradisional.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Esei Mahani Musa pula membincangkan satu dokumen menarik berkenaan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e sejarah sosial Pulau Pinang yang merupakan buku catatan harian (diari) Shaikh\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Omar Basheer, seorang tokoh Melayu Pulau Pinang pada abad ke-19. Antara\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e lainnya, diari ini menyentuh kegiatan agama dan perdagangan Shaikh Omar dan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e juga penglibatan orang Melayu dalam kongsi gelap Bendera Putih dan Bendera\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Merah. Sumbangan penting Paul Kratoska, walaupun ditulis dalam bahasa\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Inggeris, merupakan satu tinjauan ringkas berkenaan sumber di dalam bahasa\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Inggeris, yang dikeluarkan oleh kerajaan Inggeris dan sebelumnya Syarikat Hindia\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Timur, berkaitan sejarah Malaysia. Walaupun sumber-sumber ini dalam bentuk\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e asalnya disimpan di London (seperti di Public Record Office dan India Office\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Library), kebanyakannya boleh didapati dalam bentuk mikrofilem di perpustakaan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e di Malaysia dan Singapura. Tinjauan seperti ini semestinya amat berguna kepada\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e penuntut dan juga pengkaji sejarah Malaysia.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Bahagian kedua yang berkisar kepada nasionalisme dimulakan dengan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e perbincangan Abdul Rahman Ismail berkenaan kemunculan nasionalisme\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Melayu. Perbincangan yang menarik ini dibuat berdasarkan kepada akhbar serta\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e majalah Melayu yang telah diterbitkan sekitar penghujung abad ke-19 hingga\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e separuh pertama abad ke-20. Abdul Rahman membuat kesimpulan bahawa\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e nasionalisme Melayu sudah pun muncul sebelum tahun 1930-an, sekaligus\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e menolak pandangan William Roff yang cukup berpengaruh sehingga hari ini.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Sementara itu Abu Talib Ahmad pula, dengan merujuk kepada sumber Inggeris\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e dan Jepun, membincangkan dasar serta tindakan kerajaan penjajah, di London\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e dan di Simla (markas kerajaan buangan Burma di antara Mei 1942-Oktober\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e 1945), terhadap isu pensubahatan dengan Jepun serta kesetiaan kepada Inggeris\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Aung San, Dr. Ba Maw,\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e U Ba U dan Sir Paw Tun.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Kemunculan persatuan \"sosial\" India sejak awal abad ke-20 merupakan fokus\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e perbincangan Khoo Kay Kim di dalam bab sebelas. Kesimpulan yang dibuat oleh\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e beliau berkenaan persatuan ini yang merupakan tabir bagi pemimpin India semasa\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e \"berpolitik\" lantas mencadangkan perlunya disemak semula maksud \"persatuan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e politik\" dalam konteks sejarah Malaysia merupakan satu cadangan yang menarik.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Di dalam bab yang akhir, dengan merujuk kepada sumber lisan di antaranya,\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Ismail Md. Isa menumpukan perhatiannya kepada sejarah tempatan dengan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e merujuk kepada \"penubuhan\" Pekan Cina di Alor Setar pada awal abad ke-19.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Pekan Cina merupakan satu kawasan penempatan orang Cina yang dikelilingi\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e oleh kawasan kediaman orang Melayu terutamanya petani.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Berbagai-bagai pihak telah memberikan sumbangan bagi menjayakan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e penerbitan buku ini. Pertama, terima kasih diucapkan kepada Universiti Sains\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Malaysia dan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di atas bantuan dan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e sokongan untuk menerbitkan buku ini. Sokongan Jawatankuasa Penerbitan Pusat\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Jawatankuasa Penerbitan Universiti Sains\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Malaysia untuk menerbitkan buku ini diucapkan terima kasih. Terima kasih juga\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e diberikan kepada Y. Bhg. Datuk Profesor Sharom Ahmat di atas sumbangan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e kewangan yang dihulurkan. Kami juga mendapat kerjasama serta berbagaibagai\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e sokongan daripada ahli-ahli Bahagian Sejarah dan tanpa sokongan ini\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e buku tersebut ini tidak mungkin terhasil. Kepada individu berikut: Puan Goon\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Phaik Khuen, Cik Maheswari, Puan Rohaya, Cik Ong Chun Ee dan Cik Normani\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Din (dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan) dan Puan Rosni Habib (dari\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Perpustakaan) diucapkan terima kasih kerana menguruskan hal-hal penaipan dan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e sebagainya. Kepada penilai yang telah memberikan ulasan yang sangat bernas\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e diucapkan terima kasih walaupun tidak semua cadangan beliau dapat dipenuhi\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e dengan sempurna.\u003c\/p\u003e","brand":"Penerbit USM","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47185309991152,"sku":"9789838617598","price":5.2,"currency_code":"USD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0737\/7593\/9824\/files\/9789838617598_p0.jpg?v=1763692309","url":"https:\/\/shop-qa.barnesandnoble.com\/products\/9789838617598","provider":"Barnes \u0026 Noble (DEV)","version":"1.0","type":"link"}