{"product_id":"9789838617666","title":"Literary Poetics of Indonesian and Malaysian Women: A Gynocritical Approach","description":"\u003cp\u003eKajian feminisme di Malaysia sudah melalui\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e tahap permulaannya. Buku ini, Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia:\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Satu Bacaan Ginokritik membawa pembaca ke tahap seterusnya dengan perbincangan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e daripada sudut yang lebih mutakhir dan menggunakan teori ginokritik yang\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e digagaskan oleh Showalter. Perbincangan yang tersusun rapi dan diperkuat dengan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e hujah-hujah serta contoh yang jelas ini memberikan gambaran dan amalan puitika\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e wanita yang lebih menonjolkan biologi dan pengalaman wanita. Puitika wanita\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e yang unik dan berlainan ini mendekonstruksikan puitika aliran perdana (lelaki),\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e dan oleh yang demikian bersifat subversif kerana yang dijadikan medan perbincangan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e di sini ialah perasaan, suara, keinginan, perlambangan, imej, wacana dan gaya\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e wanita, yang seterusnya dihubungkan dengan sifat biologi pengarang wanita.\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Pengarang menggalurkan unsur-unsur ini dalam karya-karya pengarang penting\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Indonesia dan Malaysia, termasuk Titis Basino, Oka Rusmini, Ayu Utami dan Toety\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Heraty dari Indonesia, dan Azmah Nordin, Rosmini Shaari, Fatimah Busu dan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e Zaharah Nawawi dari Malaysia. Aspek-aspek serta unsur-unsur yang secara\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e langsung atau tidak langsung telah mempengaruhi proses pembentukan puitika ini\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e di kedua-dua buah negara turut dibincangkan. Buku ini sememangnya adalah pemaparan\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e usaha penting pengarang yang membuka lembar baru dalam penerokaan akal budi\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e pengarang wanita Malaysia dan dengan itu berlaku adil kepada wacana dan sudut\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e wujud mereka. lnilah bahan bacaan dan rujukan penting yang perlu dimiliki oleh\u003c\/p\u003e\u003cp\u003e para pengkaji dan pelajar kesusasteraan.\u003c\/p\u003e","brand":"Penerbit USM","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":47185362059504,"sku":"9789838617666","price":28.7,"currency_code":"USD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0737\/7593\/9824\/files\/9789838617666_p0.jpg?v=1763692301","url":"https:\/\/shop-qa.barnesandnoble.com\/products\/9789838617666","provider":"Barnes \u0026 Noble (DEV)","version":"1.0","type":"link"}